YURAN TADIKA 2019 CEKIK DARAH KE ?

by - November 26, 2018

Awal November haritu Ummi dah survey beberapa tadika di area Batu Gajah, Perak ni
Ainnur tahun ni 3 tahun tapi dia dah start sekolah bulan May 2018 lagi 
Lagipun Ainnur dah tak pakai pampers and tak susu sangat dah 
Cuma susu botol kat rumah je 

Walid paln nak masukkan Ainnur kat sekolah cina masa dia darjah 1 nanti 
Memandangkan Ummi and Walid and siapa2 pun tak de sorang pun yang boleh berbahasa cina so agak susah jugak kan nanti 
So kalau nak masukkan Ainnur ke sekolah cina tu, dia kena start belajar dari umur 4 tahun 
Tapi Ummi stil 50/50 pasal sekolah cina Ainnur ni 
Takut dia tak boleh bawa
Siapa nak tolong ?

Jom tengok yuran2 untuk full day di setiap tadikan yang bagus dan lokasinya dekat dengan rumah 

1. Tadika Super Junior

Owner tadika ni dulu teacher di Smart Reader Batu Gajah 
Teacher Fatin nama dia
Adam sempat Ummi hantar tuisyen kelas membaca dengan Teacher Fatin ni 
Alhamdulillah Adam dah lancar membaca sekarang 

PENDAFTARAN : RM 1600
MONTHLY : RM 400


2. TADIKA SMART MUSLIM KIDS 

Ni tadika Abang Adam dulu ni 
2 tahun jugak dia sekolah kat sini 
Tapi Abang Adam tak berapa perform sangat masuk tadika ni 
Ye lah, penerimaan setiap kanak-kanak tu kan lain2 

PENDAFTARAN : RM 938
MONTHLY : RM 280


3. TADIKA MRC PUSING 

Okay, ni tadika cina 
Masa Ummi pergi tadika ni, Ummi agak impress dengan penerangan dari tenaga pengajar kat sini 
And teacher ni pun sarankan kalau nak masukkan anak ke sekolah cina kena start dari umur 4 tahun 
So dia ada 3 tahun untuk dia menguasai bahasa cina dari segala aspek 

PENDAFTARAN : RM 594
MONTHLY : RM 400


So kesimpulannya, Ummi still kena bincang betul2 dengan Walid nak masukkan dia ke tadika mana satu 
Sekarang ni Ainnur tadika kat Taman Mewah tu je 
Sebulan yuran dia rm 100 je 
half day and jam 12 Opah dia ambil sebab dekat dengan rumah Opah 

Banyaknya lah belanja anak2 sekolah ni 
Bagi Ummi, yuran tadika ni belum lah sampai ke tahap cekik darah kalau kita mampu
Sebab apa yang kita bayar tu untuk anak-anak kita jugak 
Kita pun dah diberi pilihan 
Kita tak dipaksa pun untuk memilik tadika mana untuk anak kita 



You May Also Like

0 comments