KUAH SATE ( ORIGINAL RESEPI by KAK GEE )

by - May 16, 2019

Ummi rasa dekat 3 tahun Ummi guna resepi yang sama setiap kali raya
Memang kena sangat dengan tekak Ummi 

so ni Ummi tepek kat sini lah 

ni resepi kuah sate tapi Ummi bedal je buatkan dia jadi kuah kacang makan dengan nasi impit 

Tapi ada dua benda yang Ummi derhaka dengan resepi KAKGEE ni 

1st : masa tumis bawang tu, Ummi tumis sekali dengan 2 batang serai 
2 nd : Ummi hidangkan sekali dengan sambal tumis 

sebab nya, kuah ni kurang pedas, yang mana memang jadi pilihan tekak Ummi 
so pada family atau tetamu yang nak pedas tu boleh tambah sendiri sambal tumis

ala2 Sate Kajang giteww

Bahan2 Kuah Sate / Kuah Kacang 


600 gm kacang tanah yang telah disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak 
garam secukup rasa

Cara: 

Kacang tanah mestilah cukup masak setelah disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air. 

Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebanyak kira2 dua cawan. Bila sudah mendidih, masukkan gula melaka dan garam. 

Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai2lah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

You May Also Like

1 comments